Sabonis ganti Durant bagi aksi All-Star

Oleh Ammar Hakim 27 Februari 2021 7
Sabonis ganti Durant bagi aksi All-Star
Penyerang Indiana Pacers, Domantas Sabonis, menggantikan Kevin Durant yang mengalami kecederaan bagi Perlawanan Nba NBA All-Star 2021.

Bintang Brooklyn Nets, Durant, diketepikan ekoran masalah hamstring.

Sabonis dipilih sebagai pengganti untuk perlawanan tersebut, yang dijadualkan berlangsung di Atlanta 7 Mac ini.

Secara purata dia meraih 21.5 mata, 11.7 rebound dan 5.7 assist buat Pacers musim ini, terpilih buat kali kedua saingan All-Star.
 

Ketika Sabonis dipilih sebagai pemain simpanan, bintang Boston Celtics, Jayson Tatum disertakan dalam barisan utama.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen