Kebangkitan BC Partizan dalam dua suku terakhir masih belum cukup untuk menandingi KCC Egis apabila tewas 80-86 dalam aksi Kejohanan Bola Keranjang Piala Seri Mutiara di ibu kota, hari ini.

Brandon Brown muncul pemain terbaik kelab dari Korea Selatan, KCC Egis, apabila merekodkan mata tertinggi buat pasukannya dengan menyumbang 34 mata sambil melakukan 16 rebounds.

Marquis Devante Teague turut mempamerkan aksi terbilang dalam membantu KCC Egis cemerlang dalam suku pertama dan suku kedua.

Menerusi kehebatan kedua-dua pemain tersebut, KCC Egis mendahului Partizan 23-11 dalam suku pertama.

Tetapi, saingan sengit dalam suku kedua menyaksikan Partizan memberikan cabaran diketuai Uros Trifunovic.

Trifunovic dan juga Eric Tyree bergandingan baik dalam suku ketiga untuk menguasai gelanggang dan merapatkan jurang dengan kedudukan 56-65.

Mereka sekali lagi memperagakan aksi mantap dalam suku terakhir dengan penguasaan lebih jitu.

Bagaimanapun, dengan Partizan sekadar merekod 24 mata dalam suku terakhir, mereka terpaksa akur dengan keampuhan KCC Egis, 80-86.

Keputusan lain:

ILLAWARRA HAWKS 87 LONG LIONS 71

TEXAS ALL-STAR 93 FUBON BRAVES 90

NS MATRIX 91 BLACK BEARS 84

Kredit imej: https://www.facebook.com/nblasia/