NBA: Young bantu Hawks tamatkan rekod Clippers, Jazz menang kali kesembilan

Oleh Muzaffar Musa 27 Januari 2021 36
NBA: Young bantu Hawks tamatkan rekod Clippers, Jazz menang kali kesembilan
Rekod tujuh kemenangan berturut-turut Los Angeles Clippers akhirnya ditamatkan manakala Utah Jazz meneruskan rentetan kemenangan mereka dalam saingan NBA hari ini.

Trae Young menjadi pencetus kemenangan 108-99 Atlanta Hawks ke atas Clippers dengan menyumbangan 38 mata dan lima bantuan.

Clippers (13-5) terpaksa turun beraksi tanpa Kawhi Leonard dan Paul George, yang terlepas perlawanan itu berikutan protokol kesihatan dan keselamatan NBA.

Reggie Jackson memacu Clippers dengan 20 mata yang diraihnya tetapi Young ternyata lebih menyerlah dalam perlawanan itu.

Aksi cemerlang Young itu turut dibantu De'Andre Hunter (22 mata), Clint Capela (13 mata dan 18 rebound) dan John Collins (11 mata dan 11 rebound).
 
Utah, dalam pada itu, memperoleh kemenangan kesembilan berturut-turut selepas menewaskan New York Knicks 108-94.

Rudy Gobert menamatkan perlawanan itu dengan 'double-double' daripada 18 mata dan 19 rebound buat Jazz.

Keputusan penuh:
Atlanta Hawks 108-99 Los Angeles Clippers
Houston Rockets 107-88 Washington Wizards
Utah Jazz 108-94 New York Knicks

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen