Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, memastikan puncak Eastern Conference amat bernilai tetapi tidak dengan mengorbankan pemain yang mengalami kecederaan kerana pasukan terlepas tempat teratas kepada Philadelphia 76ers.

Nets (37-18) tanpa Kevin Durant, James Harden, LaMarcus Aldridge dan Blake Griffin dalam kekalahan 123-117 kepada 76ers (38-17).

Selepas meraih 31 mata dalam 27 minit ke atas Minnesota Timberwolves Selasa lalu -- penampilan ketiga sejak mengalami kecederaan -- Nets memilih untuk merehatkan bekas MVP Durant bagi mengelak daripada dua perlawanan berturut-turut buat pemain tersebut.

Di sebalik gagal menurunkan barisan terbaik, walaupun Kyrie Irving (37 mata) kembali beraksi, Nets hampir mengejutkan 76ers, bangkit daripada ketinggalan 22 mata untuk mengekori 118-115 ketika perlawanan berbaki satu minit.

"Amat baik sekali jika berada di puncak liga. Saya berasa ini sangat bermakna, sangat berharga," kata Nash. "Tetapi tidak dengan mengorbankan kehilangan pemain atau memanjangkan keadaan kecederaan pemain.

"Oleh itu, saya fikir kita harus sangat berhati-hati dan memastikan bahawa pasukan kita sampai ke garisan penamat secara keseluruhan."