NBA: Simmons puas 76ers berjaya atasi Nets

Oleh Ammar Hakim 15 April 2021 21
NBA: Simmons puas 76ers berjaya atasi Nets
The Philadelphia 76ers kembali ke tangga teratas Eastern Conference dan All-Star, Ben Simmons, kata calon juara NBA itu berhasrat kekal di sana.

Simmons menjaringkan 17 mata untuk melengkapkan calon MVP Joel Embiid, yang mendahului dengan 39 mata dan 13 rebound ketika menang 123-117 ke atas Brooklyn Nets.

The 76ers hampir melepaskan kelebihan 22 mata sebelum memperbaiki rekod menang-kalah kepada 38-17 di puncak timur, ke atas Nets (37-18), yang tanpa Kevin Durant, James Harden, LaMarcus Aldridge dan Blake Griffin.

"Kami mahukan pilihan utama," kata Simmons.

"Kami mempunyai jadual yang cukup sukar dengan Milwaukee dan the Clippers, tetapi saya percaya kami lebih mampu melakukannya."

Ketua jurulatih 76ers, Doc Rivers berusaha merehatkan dua bintangnya pada suku keempat menentang pasukan Brooklyn, tetapi duo All-Star Simmons dan Embiid itu harus kembali lewat dan menutup kemenangan.

"Mereka tidak harus masuk semula," kata Rivers.

Philadelphia tidak akan mengambil risiko melepaskan perlawanan dengan sasaran kembali ke puncak penting bagi mereka.

The 76ers kini 21-5 di laman sendiri dan berada di puncak Timur sekali gus mendapatkan laluan lebih baik dalam saingan playoff.

.@Sixers win season series over @BrooklynNets, 2-1, and improve to 21-5 at home this season. That’s the best home record in the East and second in the @NBA.

h/t @nbastats
— Sixers Stats (@SixersStats) April 15, 2021

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen