NBA: Simmons optimis 76ers mampu bergelar juara

Oleh Ammar Hakim 14 April 2021 26
NBA: Simmons optimis 76ers mampu bergelar juara
Ben Simmons menegaskan Philadelphia 76ers mampu menjuarai gelaran NBA musim ini menjelang pertembungan di puncak Eastern Conference dengan Brooklyn Nets.

The 76ers dan Nets berkongsi rekod menang-kalah 37-17 di puncak Eastern Conference menjelang pertembungan kedua-dua pasukan, ketika mereka ketika ini turut dikaitkan antara pilihan untuk bergelar juara.

Philadelphia tidak memenangi sebarang gelaran sejak 1983, sementara Nets masih lagi mencari kejuaraan sulung mereka.

Simmons, bergandingan bersama All-Star, Joel Embiid di Philadelphia berkata, "Saya berasakan kami mampu memenanginya."

Simmons dan 76ers bertemu Nets yang dibarisi Kevin Durant selepas diketepikan sebelum ekoran kecederaan.

Brooklyn tanpa khidmat bekas MVP, James Harden ekoran masalah hamstring tetapi Kyrie Irving dijangka kembali beraksi selepas terlepas kemenangan 127-97 ke atas Minnesota Timberwolves atas alasan peribadi.

"Terdapat satu bola, dan cara bermain bertahan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan baik," kata Simmons menjelang pertemuan dengan Nets.

"Saya berbangga dalam permainan bertahan. Saya mengetahui mampu menghalang gerakan pasukan lawan dan memberikan kesukaran kepada mereka.

"Nets merupakan pasukan yang penuh dengan bakat, tetapi dalam masa sama anda perlu bermain sebagai satu pasukan."
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen