James Harden percaya dia akan mampu membentuk gandingan jitu dengan Kevin Durant dan Kyrie Irving bersama Brooklyn Nets sambil bercakap mengenai pengorbanan yang perlu dilakukan sekiranya mereka ingin digeruni.

Harden -- lapan kali bergelar pemain All-Star --- berpindah dari Houston Rockets ke Nets kelmarin.

Di celah-celah persoalan mengenai bagaimana Harden mampu menyesuaikan diri di samping Durant dan Irving, Nets yakin sambil mengatakan ia bergantung kepada pengorbanan.

"Keserasian, pengorbanan dan seperti yang anda katakan, kami adalah atlet elit jadi semuanya bergantung kepada apa yang berlaku sepanjang perlawanan, ia akan menentukan siapa yang akan menerima bola dan siapa yang memainkannya," kata Harden.

"Kami tidak boleh mementingkan diri sendiri, kami adalah pemain yang bersedia memainkan bola keranjang dengan cara yang betul dan itulah yang penting."

Ditanya apa yang bakal dinikmati peminat Nets, Harden berkata: "Pemain elit, rakan sepasukan elit, pemimpin elit dan hanya lelaki sejati sahaja yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sebanyak mungkin kemenangan, kami perlu berkorban."



Ketibaan Harden meningkatkan harapan Nets untuk mencapai kejuaraan atas reputasi pemain berusia 31 tahun itu merangkul deretan kejuaraan NBA.

Dengan kelibat Durant dan Harden, Nets kini mempunyai dua pemain yang telah memenangi tujuh daripada 11 gelaran NBA yang terakhir, namun sepanjang tempoh itu Brooklyn tidak pernah menamatkan saingan melebihi tangga kelima.

Purata jaringan ketiga-tiganya menyaksikan mereka menguasai kedudukan 10 penjaring teratas NBA (minimum 500 perlawanan) sejak musim 2011-12.