NBA: Joe memang anak jantan -- Nash puji Harris selepas kemenangan Nets

Oleh Muzaffar Musa 8 Januari 2021 28
NBA: Joe memang anak jantan -- Nash puji Harris selepas kemenangan Nets
Ketua jurulatih, Steve Nash memuji Joe Harris sebagai "anak jantan" selepas pemain itu membantu Brooklyn Nets menewaskan Philadelphia 76ers dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Harris menjaringkan 11 daripada 19 jaringan padang dan enam daripada sembilan percubaan dari jarak tiga mata untuk mengumpulkan 28 mata dalam masa 30 minit ketika kemenangan 122-109 itu.

Nets turun tanpa Kevin Durant (kuarantin) dan Kyrie Irving (alasan peribadi) tetapi Harris melakukan tugasnya dengan baik.

Nash memuji prestasi pemain berusia 29 tahun itu selepas Nets memperbaiki rekod kepada 5-4.

"Joe memang anak jantan. Dia melakukan percubaan, dia memulakan gerakan, dia bertarung secara fizikal, bertahan, mengambil rebound, dia melakukan semuanya," katanya dalam sidang media.

"Dia bukan seorang penyerang. Dia menjadikan pemain lain dan menjadikan rakan sepasukannya lebih baik disebabkan tenaga, usaha dan percubaan yang dilakukannya," katanya.
 
Durant dan Irving dijangka akan terus direhatkan ketika Nets berdepan Memphis Grizzlies esok.

Terdapat laporan mendakwa Irving sengaja tidak mahu beraksi ketika berdepan 76ers tetapi Nash menyangkal dakwaan itu.

"Saya belum bercakap dengannya, Saya tidak dapat beri komen kerana saya belum bercakap dengannya dan ia disebabkan oleh alasan peribadi, jadi ia perlu datang dari Kyrie sendiri. Tetapi saya tidak percaya ia disebabkan perkara seperti itu," katanya lagi.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen