NBA: James terpaksa direhatkan

Oleh Staff Writer 26 Disember 2018 101
NBA: James terpaksa direhatkan
Jurulatih Los Angeles Lakers, Luke Walton, menegaskan pasukannya perlu meneruskan cabaran tanpa kelibat LeBron James berdepan Sacramento Kings esok.

James mengalami kecederaan pangkal paha ketika Lakers meraih kemenangan 127-101 ke atas Golden State Warriors dalam aksi NBA, sebentar tadi.

Di sebalik kebimbangan mengenai kecederaan yang dialami pemain berusia 33 tahun itu, James dijangka tidak akan direhatkan untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun, Walton berkata Lakers perlu meneruskan cabaran tanpa James, yang bakal menjalani ujian Pengimbas Imej Magnetik (MRI) pada hari skuad kendaliannya berdepan Kings.

"Kami akan membuat persiapan berdepan Sacramento tanpa kehadiran James," katanya.

James meraih 17 mata dalam 13 rebounds sebelum mengalami kecederaan tersebut dan Lakers (20-14) masih berjaya mengatasi Warriors (23-12).

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen