Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, tidak akan terlibat dengan perlawanan menentang Golden State Warriors kerana kesakitan di bahagian kelangkangnya.

Ia bermakna, dia tidak cukup cergas untuk berdepan Warriors dalam perlawanan NBA hari ini.

James merekodkan mata tertinggi musim ini dengan menghasilkan 40 mata ketika Lakers menewaskan New Orleans Pelicans 118-109 kelmarin.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang musim pertamanya di Los Angeles tahun lalu terjejas kerana kecederaan, merekodkan purata 25.5 mata, 10.6 bantuan dan 7.7 rebound dalam setiap satu perlawanan sepanjang musim 2019-20.


Bagaimanapun, rakan sepasukannya, Anthony Davis, mungkin diturunkan dalam perlanan itu biarpun mengalami kesakitan di siku kirinya.