NBA: James belum pasti diturunkan dalam pertemuan Lakers-Nets

Oleh Staff Writer 10 Mac 2020 24
NBA: James belum pasti diturunkan dalam pertemuan Lakers-Nets
Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, belum pasti dapat diturunkan dalam pertemuan menentang Brooklyn Nets.

James berkemungkinan akan telepas perlawanan di Staples Center awal pagi esok disebabkan kecederaan kelangkang.

Rakan sepasukannya, Anthony Davis (cedera siku) dan Atlex Caruso (paha) pula berkemungkinan dapat  beraksi.

James merekodkan 38 mata, sembilan bantuan dan tujuh rebound ketika pendahulu Liga Bahagian Barat itu menewaskan seteru setempat, Los Angeles Clippers, 113-103 kelmarin.
Juara tiga kali dan pemenang anugerah pemain paling bernilai (MVP) sebanyak empat kali itu merekodkan purata 25.7 mata, 10.6 bantuan dan 7.8 rebound bagi setiap perlawanan musim ini.

Menduduki puncak Liga Bahagian Barat dengan rekod 49-13, Lakers meraih empat kemenangan berturut-turut menjelang pertemuan berkenaan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen