NBA: Heat cerahkan peluang ke pusingan akhir 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 September 2020 27
NBA: Heat cerahkan peluang ke pusingan akhir 
Miami Heat semakin selesa mendahului Boston Celtics selepas merakam kemenangan 106-101 dalam Game 2 perlawanan akhir Persidangan Timur.

Dalam pertembungan sengit di Walt Disney World Resort itu, Heat melakar kejayaan sensasi untuk berkelebihan 2-0, sebentar tadi. 

Heat ketinggalan 17 mata dalam suku kedua termasuk 13 mata tercicir dalam separuh masa pertama sebelum memadam defisit itu hasil satu lagi persembahan cemerlang Bam Adebayo, yang menyumbang 15 mata dalam suku ketiga.

Goran Dragic juga handal dengan mengumpul 25 mata untuk Miami sekali lagi menundukkan Celtics di Orlando, Florida, di mana Heat berada di landasan sebenar untuk ke pusingan akhir pertama sejak 2014.
 

Adebayo menyumbang 21 mata keseluruhan sementara Duncan Robinson memperoleh 18 mata, Jimmy Butler (14), Jae Crowder (12) dan Tyler Herro (11). 

Kemba Walker mencatat 23 mata buat Celtics dan berpeluang mengikat kedudukan ketika permainan berbaki 15 saat tetapi Jaylen Brown (21) gagal menyempurnakan lontaran tiga mata sambil Butler mengesahkan kemenangan Miami menerusi balingan percuma. 

Bintang Celtics, Jayson Tatum, juga meraih 21 mata untuk mereka menumpukan kebangkitan dalam Game 3 esok. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen