Bintang Houston Rockets, James Harden, tiba di Orlando, Florida, sebentar tadi -- lima hari lewat berbanding rakan sepasukannya -- menjelang saingan NBA yang akan bersambung semula.

The Rockets, yang tidak menyatakan alasan ketidakhadiran Harden, menyiarkan satu video di Twitter mengenai ketibaan Harden di persekitaran kampus itu.

Pemain yang enam kali tersenarai dalam kesebelasan Terbaik NBA selain muncul Pemain Paling Bernilai 2018 itu perlu mengasingkan diri dan membuktikan keputusan negatif dalam beberapa siri ujian calitan COVID-19 sebelum dia dibenarkan menyertai rakan sepasukannya.


Ketibaan Harden itu berlaku sehari selepas rakan sepasukannya, Russell Westbrook, mengumumkan bahawa dia positif pandemik berkenaan.

Westbrook menjelaskan 'saya dalam keadaan sihat, dikuarantin dan tidak sabar-sabar lagi untuk bergabung semula dengan rakan sepasukan sebaik saya dibebaskan'.

Harden menerajui NBA dengan purata 34.4 mata dalam setiap perlawanan sebelum saingan musim ini ditangguhkan sejak 12 Mac lalu.

Houston sudah mengesahkan tempat dalam aksi play-off manakala terikat di tempat kelima di samping Oklahoma City Thunder dalam saingan Western Conference, kekurangan satu perlawanan daripada Utah Jazz.

The Rockets dijadualkan akan kembali menyambung perjuangan musim ini menentang Dallas, hujung bulan ini.

Sementara itu, peluang Sacramento Kings untuk mencapai peringkat play-off semakin tipis selepas Harrison Barnes diuji positif di Florida biarpun tidak menunjukkan sebarang gejala.