Giannis Antetokounmpo berharap Khris Middleton mampu mengekalkan kualiti persembahan bersama Milwaukee Bucks sepanjang musim ini.

Middleton menyumbangkan 31 mata ketika Bucks menumbangkan Golden State Warriors 138-99 dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Tersenarai dalam barisan All-Star dalam dua musim terakhirnya, Middleton mencatat purata 29 mata, sembilan rebound dan 6.5 bantuan jaringan dalam dua perlawanan pembukaan.

Antetokounmpo, yang memungut 15 mata dan 13 rebound ketika menentang Warriors, berharap Middleton terus menyerlah.

"Dia beraksi dengan baik, membuat percubaan, beraksi dengan keyakinan tinggi, mencipta ruang untuk rakan-rakan. Ia bagus," katanya dalam sidang akhbar.

"Kami memerlukannya sentuhannya. Kami memerlukannya untuk melakukan seperti ini sepanjang musim ini. Dia berasa baik dan apabila Khris berasa bagus maka anda harus memberikan bola kepadanya. Dia sentiasa cuba mendapatkan jaringan tetapi apabila dia bekerjasama dengan rakan sepasukan, penampilannya akan menjadi lebih mudah.

"Dia bermain dengan keyakinan tinggi ketika ini dan kami sangat memerlukannya."



Kemenangan ke atas Warriors adalah yang pertama buat Bucks musim ini setelah teas di Boston Celtics dalam aksi pembukaan,

Antetokounmpo yakin, pasukan yang tersingkir di separuh akhir Persidangan Timur musim lalu itu, mula mempamerkan aksi lebih kemas selepas catatan 56-17.

"Kami beraksi dengan bagus. Kami menjadi lebih baik. Kami mempunyai beberapa muka baru yang hebat. Mereka bermain dengan cara kami dan apabila kami semakin serasi, kami akan menjadi lebih baik," katanya.

"Ini akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk ditonton."