Dengan kedua-dua pasukan kekurangan seorang pemain bintang, Paul George menjulang Los Angeles Clippers meraih kemenangan 113-112 ke atas Portland Trail Blazers menerusi jaringan minit terakhir dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Clippers ketinggalan lima mata menuju ke minit terakhir perlawanan itu tetapi Geroge membenam dua jaringan padang dan disusuli dengan dua jaringan tiga mata untuk meletakkan pasukan pelawat itu di depan berbaki 4.8 saat.

George menamatkan perlawanan itu dengan rekod 33 mata dan 11 rebound manakala Kawhi Leonard kembali beraksi selepas mengalami kecederaan kaki dua hari lalu.

Blazers pula turun tanpa Damian Lillard, yang terlepas perlawanan ketiga berturut-turut kerana kecederaan paha.

Ketiadaannya menyaksikan peranannya digalas CJ McCollum, yang merekodkan 28 mata tetapi gagal menjaringkan mata kemenangan pada saat terakhir perlawanan itu.

Keputusan penuh:
New York Knicks 109-97 Charlotte Hornets
Atlanta Hawks 112-96 Orlando Magic
Brooklyn Nets 134-129 New Orleans Pelicans
Los Angeles Clippers 113-112 Portland Trail Blazers
Minnesota Timberwolves 134-120 Sacramento Kings