Joel Embiid hampir mencipta keajaiban pada penghujung permainan ketika Philadelphia 76ers tewas 113-116 di tangan Phoenix Suns dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Pendahulu bahagian Timur, 76ers, melayani kunjungan pasukan di tangga kedua bahagian barat, Suns, dan pasukan Phoenix itu berkelebihan enam mata berbaki 13 saat terakhir.

Bagaimanapun, Philadelphia menghidupkan peluang menerusi jaringan tiga mata Furkan Korkmaz sebelum Chris Paul mensia-siakan balingan percuma dan Embiid menyambut rebound dan melakukan percubaan jarak jauh yang hampir masuk ke jaring.

Terdahulu, Embiid merekodkan 38 mata dan 17 rebound buat 76ers manakala guard Suns, Paul, pula dengan 28 mata dan lapan bantuan.

Suns meningkatkan kedudukan kepada 41-16 manakala 76ers pula kini 39-18 tetapi kekal di tangga teratas Liga Persidangan Timur selepas Brooklyn Nets tewas 103-114 kepada Toronto Raptors.

Keputusan penuh:
Toronto Raptors 114-103 Brooklyn Nets
Indiana Pacers 122-116 Oklahoma City Thunder
Washington Wizards 118-114 Golden State Warriors
Phoenix Suns 116-113 Philadelphia 76ers
Cleveland Cavaliers 121-105 Chicago Bulls
Utah Jazz 112-89 Houston Rockets
New York Knicks 137-127 Atlanta Hawks
Miami Heat 107-87 San Antonio Spurs
Dallas Mavericks 127-107 Detroit Pistons
Denver Nuggets 106-105 Portland Trail Blazers
Sacramento Kings 128-125 Minnesota Timberwolves
Los Angeles Clippers 117-105 Memphis Grizzlies