NBA: Durant tidak terkejut dengan kepulangan sempurna bersama Nets

Oleh Muzaffar Musa 8 April 2021 40
NBA: Durant tidak terkejut dengan kepulangan sempurna bersama Nets
Bintang Brooklyn Nets, Kevin Durant, tidak terkejut dengan prestasi percubaan sempurnanya selepas melakukan penampilan semula sejak sekian lama di atas gelanggang.

Durant diketepikan sejak 13 bulan lalu kerana kecederaan otot paha tetapi bekas pemenang Anugerah MVP NBA itu kembali menyinar besama Nets untuk menewaskan New Orleans Pelicans 139-111 sebentar tadi.

Selepas terlepas 23 perlawanan, Durant -- yang pada asalnya disenaraikan sebagai pemain utama -- masuk daripada bangku pemain simpanan dan mendaftarkaan 17 mata dalam tempoh 19 minit menerusi kesemua lima percubaan tiga mata yang dilakukannya.

Durant, yang menerima penghormatan penonton di laman mereka di Barclays Center, Brooklyn,  turut merekodkan tujuh rebound dan lima bantuan ke atas Pelicans.

"Saya menjangkakan untuk turun dalam perlawanan ini dengan cara seperti biasa saya bermain. Saya tidak mahu berhati-hati dalam perlawanan ini," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen