Giannis Antetokounmpo menzahirkan rasa kagumnya terhadap Kevin Durant sambil menganggap bintang Brooklyn Nets itu sebagai "bakat tunggal dalam satu generasi".

Kedua-dua pemain itu bertembung ketika Milwaukee Bucks menewaskan Nets 117-114 dalam perlawanan NBA sebentar tadi, di mana pemenang dua kali MVP NBA, Antetokounmpo, merekodkan 49 mata, lapan rebound dan empat bantuan.

Durang -- juga bekas MVP -- pula membalasnya dengan 42 mata buat Nets selain 10 rebound untuk juara dua kali itu mendapat pujian daripada Antetokounmpo.

"Anda perlu menghargai pemain seperti itu kerana bukan selalu anda dapat melihatnya," kata Antetokounmpo yang muda enam tahun berbanding Durant.

"Dia salah satu bakat dalam generasinya, dan secara peribadi, saya mencuba untuk mencuri sebanyak mungkin daripada permainannya seperti yang saya mampu lakukan kerana terdapat beberapa perkara yang hanya dia dapat melakukannya.

"Tetapi dia pemain yang hebat untuk disaksikan dan saya sentiasa menyaksikannya ketika membesar."

Antetokounmpo menambah: "Apa yang dilakukannya amat luar biasa. Berketinggian 6'11, dapat melakukan percubaan ke atas semua orang dan dengan cara dia mengawal bola dan mencari ruang untuk menyerlah memang amat luar biasa."