Los Angeles Lakers menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan Denver Nuggets 93-89 biarpun beraksi tanpa bintang utama, LeBron James, dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Anthony Davis menjaringkan 25 mata buat Lakers di samping tujuh rebound dan satu hadangan saat akhir ke atas percubaan tiga mata guard Nuggets, Facundo Campazzo.

Lakers, yang tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir, kekurangan pemain apabila James terpaksa diketepikan kerana kecederaan buku lali manakala Dennis Schroder juga tidak dapat diturunkan.

Kemenangan itu meningkatkan rekod Lakers kepada 37-28 dan kembali ke tangga kelima dalam Liga Persidangan Barat.

Keputusan penuh:
Orlando Magic 119-112 Detroit Pistons
Washington Wizards 154-141 Indiana Pacers
Golden State Warriors 123-108 New Orleans Pelicans
Atlanta Hawks 123-114 Portland Trail Blazers
New York Knicks 118-104 Memphis Grizzlies
Philadelphia 76ers 106-94 Chicago Bulls
Utah Jazz 110-99 San Antonio Spurs
Los Angeles Lakers 93-89 Denver Nuggets