Golden State Warriors tidak gusar dengan kecederaan buku lali yang dialami Stephen Curry ketika tewas kepada Los Angeles Clippers memandangkan bintang point guard itu yakin ia tidak akan mengganggu aksinya.

Prestasi terbaik Curry terjejas ketika pasukannya tewas 108-101 di Chase Center kelmarin.

Pemenang dua kali Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA itu merekodkan mata tertinggi sepanjang kariernya (62) ketika menewaskan Portland Trail Blazers dan menambah 30 mata lagi ketika menentang Sacramento Kings dalam dua perlawanan terakhir Warriors.

Dia masih mampu menyumbangkan 13 mata ketika menentang Clippers yang menjadikan purata 29.6 mata, satu daripada setiap enam daripada luar kawasan D, bagi satu-satu perlawanan musim ini.

Lebih membimbangkan, Curry tidak dapat meneruskan perlawanan itu disebabkan kesakitan pada pergelangan kakinya dalam suku keempat dan meninggalkan gelanggang pada minit terakhir.

Tetapi ketua jurulatih, Steve kerr, ada perkembangan positif buat penyokong Golden States, yang telah menerima hakikat bahawa Klay Thompson perlu kembali berehat panjang selepas tidak dapat beraksi dalam musim 2019-20 berikutan siri kecederaannya.

"Dia terseliuh, dia memberitahu saya bahawa ia tidak serius," kata Kerr.

"Dia akan bersama kami untuk menjalani rawatan esok dan kami akan melakukan pemeriksaan.

"Berita baiknya, Steph tidak rasa ia kecederaan yang telalu serius," katanya.