NBA: Curry hampir pasti kembali perkuat Warriors 

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Mac 2020 22
 NBA: Curry hampir pasti kembali perkuat Warriors 
Bintang utama Golden State Warriors, Stephen Curry, akan membuat kemunculan semula yang amat dinanti-nantikan dalam saingan NBA ketika berdepan juara bertahan, Toronto Raptors, pagi esok.

Namun, Pemain Paling Benrilai (MVP) sebanyak dua kali itu, yang diketepikan sejak Oktober lalu disebabkan tangan yang patah, telah disahkan cergas.

Juara tiga NBA itu sempat berlatih di samping Santa Cruz Warriors -- pasukan sokongan Golden State dalam Liga G -- pada Isnin lalu sebagai persiapan fasa akhir.

 
Curry mempunyai purata 20.3 mata jaringan, 6.5 lantunan per perlawanan musim ini.

Kecederaannya itu menyaksikan Warriors bergelut sepanjang kempen kali ini dengan menduduki tangga tercorot Persidangan Barat dengan hanya mencatat 14 kemenangan dan 48 kekalahan.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen