NBA: COVID-19 tunda aksi Boston Celtics-Miami Heat

Oleh Shaiful Shamsudin 11 Januari 2021 40
 NBA: COVID-19 tunda aksi Boston Celtics-Miami Heat
NBA menunda perlawanan membabitkan Boston Celtics-Miami Heat berhubung protokol kesihatan dan keselamatan bagi mengekang penularan COVID-19.

Perlawanan itu dijadualkan pagi tadi di sebalik Celtics kehilangan tujuh pemain -- termasuk pasangan bintang, Jayson Tatum dan Jaylen Brown sekali gus menjadi sembilan secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, NBA mengumumkan penangguhan itu hanya beberapa jam selepas diberitahu barisan pemain Heat dilaporkan menjalani ujian saringan yang kurang meyakinkan, sekali gus meninggalkan Miami tanpa lapan pemain.

Avery Bradley telah pun diketepikan dalam perlawanan itu sehari sebelumnya. 


 
Sehubungan itu, Celtics hanya mempunyai bilangan minimum lapan pemain untuk berdepan Heat selepas khidmat Javonte Green, Semi Ojeleye, Grant Williams, Robert Williams II dan Tristan Thompson tidak dapat diketengahkan sementara kecederaan memaksa dua pemain Celtics, Kemba Walker (lutut) dan Romeo Langford (pergelangan tangan), agar diketepikan. 


Celtics memiliki rekod 7-3 ke atas finalis NBA itu dalam Persidangan Timur, 


Pendahulu Persidangan Timur, Philadelphia 76ers, tewas kepada Denver Nuggets kelmarin selepas dibayangi kes pandemik itu yang menjangkiti Seth Curry. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen