Devin Booker dan Chris Paul membantu Phoenix Suns menewaskan Donovan Mitchell dan pendahulu NBA, Utah Jazz, 117-119 selepas overtime sebentar tadi.

Booker mendaftarkan 35 mata manakala Paul pula dengan 29 mata untuk Suns mempamerkan permainan terbaik mereka dalam saingan liga berkenaan.

DeAndre Ayton menamatkan permainan dengan 18 mata dan 12 bantuan buat Suns (36-14), yang memenangi perlawanan ketujuh berturut-turut mereka selepas menjaringkan lima mata pertama dalam overtime dan tidak pernah ketinggalan selepas itu.

Mitchell, yang membenam jaringan tiga mata pada 10.4 saat terakhir untuk membawa perlawanan itu ke overtime -- merekodkan jumlah tertinggi perlawanan itu dengan 41 mata, lapan rebound dan tiga bantuan buat Jazz (38-13) dalam perlawanan penuh aksi itu.

Keputusan penuh:
Indiana Pacers 141-137 Minnesota Timberwolves
Washington Wizards 131-116 Orlando Magic
Boston Celtics 101-99 New York Knicks
Brooklyn Nets 139-111 New Orleans Pelicans
Memphis Grizzlies 131-113 Atlanta Hawks
Houston Rockets 102-93 Dallas Mavericks
Charlotte Hornets 113-102 Oklahoma City Thunder
Denver Nuggets 106-96 San Antonio Spurs
Phoenix Suns 117-113 Utah Jazz (OT)