Pemain Phoenix Suns, Devin Booker, akan menggantikan tempat pemain Los Angeles Lakers yang masih cedera, Anthony Davis, dalam Perlawanan All-Star NBA 2021.

Davis mengalami kecederaan Achilles tendinosis dan betis kanan, yang membuatkan komisar, Adam Silver, memilih Booker sebagai pengganti, sehari selepas dia digugurkan ketua jurulatih liganya.

Booker akan menyertai rakan sepasukannya di Suns, iaitu Chris Paul, dalam senarai All-Star 2021 selepas melakukan penampilan pertama musim lalu.

Dua pemain itu telah memacu Phoenix mencatatkan rekod keempat tebaik mereka dalam kejohanan itu (20-10) dan ia merupakan rekod terbaik mereka selepas 30 perlawanan sepanjang 13 tahun lalu.

Kapten All-Star yang merupakan bintang Lakers, LeBron James, dan tonggak Brooklyn Nets, Kevin Durant, akan merangka jadual mereka pada 4 Mac ini bagi perlawanan di Arena State Farm, Atlanta itu pada 7 Mac ini.

All-Star 17 kali, James, menciap dalam Twitter: "Devin Booker merupakan pemain paling tidak dihormati dalam liga kita!!! Ia semudah itu," selepas Booker disingkirkan daripada senarai simpanan All-Star.

Booker merekodkan purata 24.7 mata, 4.3 bantuan dan 3.8 rebound sepanjang musim 2020-21 dan merekodkan jumlah tertinggi dalam kariernya dengan 50.1 daripada percubaan jaringan padangnya.