Pemain bintang Atlanta Hawks, Trae Young, disahkan terseliuh buku lali kirinya, demikian diumumkan NBA hari ini.

Young mengalami kecederaan itu ketika pasukannya tewas 127-137 kepada New York Knicks semalam, di mana dia menghasilkan 20 mata dan 14 bantuan sebelum dikeluarkan dalam suku ketiga.

Dengan tidak dapat diturunkan dalam dua perlawanan Atlanta selepas ini, status kecederaannya akan terus dipantau dari semasa ke semasa.

Yang merekodkan purata 25.3 mata, 9.6 bantuan dan 3.9 rebound bagi setiap perlawanan Hawks musim ini.

All Star 2020 itu (516) berada di tangga kedua di belakang pemain Washington Wizards, Russell Westbrook (557), daripada segi bantuan terbanyak musim ini.

Young juga membantu Hawks (32-27) semakin hampir untuk layak ke pusingan playoff dengan Atlanta kini berada di tangga kelima Liga Persidangan Timur.