NBA: Ball jadi pemain termuda dalam sejarah jaring 'triple-double'

Oleh Muzaffar Musa 10 Januari 2021 75
NBA: Ball jadi pemain termuda dalam sejarah jaring 'triple-double'
LaMelo Ball mencipta sejarah dalam kemenangan 113-105 Charlotte Hornets ke atas Atalanta Hawks hari ini apabila menjadi pemain termuda sepanjang zaman menjaringkan 'triple-double'.

Muka baru pusingan pertama itu mengumumkan kedatangannya dalam NBA dengan masuk dari bangku pemain untuk merekodkan 22 mata, 12 rebound dan 11 bantuan dalam masa 31 minit di atas gelanggang.

Terry Rozier menambah 23 mata lagi dan PJ Washington turut menjaringkan 22 mata dalam membantu Charlotte meningkat ke kedudukan 5-5 manakala Hawk, yang pemainnya, De'Andre Hunter, menjaringkan 20 mata, tergelincir ke kedudukan 4-5.
 

Keputusan NBA:

Philadelphia 76ers 103-115 Denver Nuggets
Washington Wizards 124-128 Miami Heat
Indiana Pacers 117-125 Phoenix Suns
Charlotte Hornets 113-105 Atlanta Hawks
Minnesota Timberwolves 122-125 San Antonio Spurs
Milwaukee Bucks 100-90 Cleveland Cavaliers
Dallas Mavericks 112-98 Orlando Magic
Sacremento Kings 99-125 Portland Trail Blazers

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen