Mavericks rentap lapan kemenangan berturut-turut Nets

Oleh Ammar Hakim 28 Februari 2021 33
Mavericks rentap lapan kemenangan berturut-turut Nets
Lapan kemenangan berturut-turut Brooklyn Nets dihentikan oleh Luka Doncic dan Dallas Mavericks, yang menang 115-98 dalam saingan NBA.

Bintang Nets, Kyrie Irving (pemulihan bahu kanan) menyertai bekas Pemain Paling Bernilai (MVP) Kevin Durant (hamstring) antara yang mengalami kecederaan menjelang perlawanan sebentar tadi.

Ketiadaan mereka terbukti menyukarkan James Harden untuk membantu pasukan, dengan pilihan MVP iti tu menamatkan perlawanan di bangku simpanan sekaligus menyaksikan Mavericks menang dengan selesa.

Harden meraih 29 mata, dengan seven rebound dan enam assist untuk Brooklyn, yang dikejutkan Mavs 38-26 dalam suku pertama.

Di sebalik Nets berjaya merapatkan kedudukan dengan jurang empat mata dalam separuh masa, Mavericks tidak pernah ketingggalan, yang dipimpin Doncic -- pemain All-Star itu meraih 27 mata, enam rebound dan tujuh assist.

Doncic menerima pujian Harden selepas tamat perlawanan yang berkata, "Dia tidak pernah benarkan sesiapa memintasinya, dan dia sentiasa dapatkan apa yang dia mahu. Kami mengetahui dia memiliki masa depan yang cerah. Mavs meraih seorang pemain yang istimewa."

Keputusan itu menyaksikan Nets 22-13 dalam Eastern Conference, manakala Mavericks kekal dalam kedudukan layak ke playoffs dengan rekod 16-16.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen