CLEVELAND CAVALIERS 128 BOSTON CELTICS 122

Cleveland Cavaliers merekodkan lima kemenangan berturut-turut sejak permulaan musim NBA apabila menewaskan Boston Celtics 128-122 di laman sendiri pada Khamis.


Cavs seperti biasa yang diterajui LeBron James mengutip 30 mata, tujuh rebound dan 12 assist manakala Kevin Love menyumbang 26 mata dan lapan rebound sementara Kyrie Irving mencatat 23 mata dan enama assist.

Bagaimanapun, pertahanan Cavaliers kurang menyeralah memasuki suku ketiga perlawanan, sekaligus membuka peluang buat Boston merapatkan jurang.

Pemain point guard Celtics, Isaih Thomas dan Avery Bradley, masing-masing mengutip 30 dan 26 mata.

Pemain muda, Jaylen Brown, yang turun menggantikan Jae Crowder ekoran kecederaan, mampamerkan aksi mantap untuk menyumbang 19 mata, lima rebound dan tiga steals.

Meskipun tewas buat kali kedua berturut-turut sejak kehilangan Crowder dan Al Horford, namun Celtics mampu memuji persembahan mereka ekoran memberikan tentangan hebat berdepan juara Playoff NBA musim lalu itu.

Sementara itu, Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu, LeBron James, hampir melakar namanya dalam senarai 10 penjaring terbanyak NBA apabila kutipan 30 matanya kurang satu mata daripada 26,946 ribu mata yang dilakar Hakeem Olajuwon.

Pemain berusia 31 tahun itu, bagaimanapun, enggan menjadikan rekod tersebut sebagai sasaran utama, sebaliknya mengutamakan objektif pasukan.

"Sememangnya saya berasa rendah diri dan berbesar hati kerana mampu meletakkan diri saya dalam kalangan yang terbaik dalam sejarah NBA," katanya.