GOLDEN STATE WARRIORS 97 LA LAKERS 117

Selepas melakar kemenangan bergaya ke atas Oklahamo City Thunder pada Jumaat, Kevin Durant dan Warriors gagal meneruskan momentum apabila kecundang di tangan LA Lakers.

Jika Warriors berdepan skuad musim lalu, mungkin kemenangan sudah di jangka namun Lakers kali ini yang dibarisi beberapa pemain muda mempamerkan tentangan hebat.

Pengendali Lakers, Luke Walton -- yang merupakan bekas pembantu jurulatih Warriors musim lalu -- menerapkan taktikal berkesan apabila Lakers mudah mengatasi Warriors 117-97.

Pemain legenda Lakers, Magic Johnson turut memuji aksi ditampilkan pemain muda skuad itu menerusi laman Twitter miliknya.

Tweet 1

Bagaimanapun, kemenangan Lakers turut dibantu oleh aksi hambar dua pemain guard utama Warriors, Stephen Curry dan Klay Thompson.

Curry gagal menyempurnakan sebarang lontaran tiga matanya selepas 10 percubaan manakala Klay hanya menyudahkan dua daripada 10 lontaran.

Sementara itu, pemain guard Lakers, Lou Williams berpendapat pemain muda seperti Larry Nance Jr, Julius Randle, Nick Young dan D'Angelo Russel umpama jawapan terhadap kekosongan yang ditinggalkan Kobe Bryant yang bersara musim lalu.

"Kami memiliki ramai bakat muda, akhirnya perlawanan malam ini membuktikan kami sudah menjumpai jawapan terhadap segala persoalan selama ini."

Larry Nance Jr. paling mencuri tumpuan apabila melakukan slam dunk yang menakjubkan sehingga menyebabkan penonton bersorak kuat.