Bintang Toronto Raptors, Kyle Lowry, percaya dia layak mendapat bayaran seperti pemain francais lain dalam NBA.

Bagaimanapun, pemain All Star sebanyak dua kali itu tidak menampilkan aksi selaku pemain francais dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Ketika musim Playoff 2015-16, Lowry yang kini berusia 30 tahun, hanya merekodkan 39 peratus kejayaan lontaran.

"Jika kamu seorang pemain francais, dan kamu telah memberikan segala-galanya demi francais ini, saya rasa perbincangan kontrak sepatutnya berjalan dengan lancar," kata Lowry kepada The Vertical.

The Raptors, bagaimanapun, telah menawarkan kontrak lima tahun bernilai USD139 juta (RM576 juta) kepada rakan sepasukannya, DeMar DeRozan, baru-baru ini.

"Saya rasa situasi di mana seorang pemain perlu mengadakan pertemuan dengan pasukan lain tidak perlu berlaku," jelas Lowry.

"DeMar tidak berpeluang untuk bertemu dengan pasukan lain. Tetapi untuk saya, pada jam 12.01 malam pada 1 Julai lalu, sepatutnya perbincangan kontrak telah diadakan. Jika tidak, saya terpaksa mencari peluang bersama pasukan lain."