Punca kematian sembilan mangsa dalam nahas helikopter yang turut membunuh Kobe Bryant dan anaknya, Gianna, adalah disebabkan hentakan objek tumpul, demikian disahkan ujian bedah siasat.

Koroner Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles kelmarin mengeluarkan hasil daripada
pemeriksaan mereka terhadap mangsa insiden di Calabasas, California itu pada 26 Januari lalu.

Kemalangan itu berpunca daripada kabus tebal tetapi siasatan berkenaan masih berjalan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan berkata: "Pada 28 Januari lalu, punca kematian sembilan mangsa diisytihar sebagai hentakan objek tumpul. Cara kematian pula disahkan sebagai kemalangan."

Alyssa Altobelli, John Altobelli, Keri Altobelli, Payton Chester, Sarah Chester, Christina Mauser dan juruterbang, Ara Zobayan, berada bersama Bryant dan anaknya sewaktu kemalangan itu.

Laporan setebal 180 muka surat itu turut membuktikan bahawa Zobayan tidak di bawah pengaruh dadah atau alkohol sewaktu insiden berkenaan.