Pengendali skuad bola keranjang lelaki kebangsaan, Brian Lester, menganggap kejayaan Negeri Sembilan meraih kejuaraan keempat berturut-turut Piala Agong sebagai momentum terbaik untuknya merangka persiapan menjelang kelayakan utama Piala Asia 2021, tahun depan.

Dengan membimbing kejayaan Negeri Sembilan, Lester melengkapkan musim gemilangnya sepanjang tahun ini.

Kejayaan itu tiba selepas dia turut membawa skuad negara ke peringkat kelayakan utama Piala Asia 2021 sebagai pasukan kedua terbaik Divisyen Timur di belakang Guam.

Tugas utamanya kini adalah untuk memastikan strategi terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan utama, November depan, bagi merebut 16 slot ke kejohanan utama.

"Kami akan menyertai Liga Thailand, Februari depan.

"Selepas itu, kami akan mengadakan latihan di Korea Selatan selama tiga atau empat minggu.

"Kami mempunyai pelbagai rancangan yang menarik sepanjang tahun 2019," katanya.