James akhiri rentetan kekalahan Lakers

Oleh Ammar Hakim 27 Februari 2021 58
James akhiri rentetan kekalahan Lakers
LeBron James membantu Los Angeles Lakers mengakhir rentetan kekalahan, manakala Jimmy Butler mencetus inspirasi buat Miami Heat.

28 mata dan 11 rebound Jamess cukup untuk untuk membantu Lakers mengakhir rekod empat kekalahan dengan kemenangan 102-93 ke atas Portland Trail Blazers sebentar tadi.

Dennis Schroder meraih 22 mata, sementara Montrezl Harrell (17 mata) dan Alex Caruso (10) mengakhiri saingan dengan jumlah kutipan dua angka.

Butler turut cemerlang bersama Heat yang menang ke atas Utah Jazz, dengan rekod terbaik dalam saingan NBA, 124-116.

Butler merekodkan 33 mata, 10 rebound dan lapan assists sepanjang perlawanan.

Miami (16-17) memiliki lima pemain meraih mata dua angkat termasuk Goran Dragic (26).

Donovan Mitchell menamatkan saingan dengan 30 mata buat Utah (26-7).

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen