Kyrie Irving bersedia untuk beraksi sekali lagi dan tidak sabar untuk Brooklyn Nets selepas terlepas tujuh perlawanan sebelum ini.

All-Star enam kali itu tidak beraksi ekoran masalah peribadi dan telah menerima hukuman kerana melanggar protokol keselamtan dan kesihatan NBA ketika tidak bersama pasukan.

Itu dikenakan setelah Irving ditemui menghadiri sambutan hari jadi sambil tidak memakai topeng.

Tetapi Irving mengesahkan dia telah kembali menjalani latihan bersama pasukan, dan dijangka akan turun berdepan Cleveland Cavaliers.

"Sudah banyak perkara keluarga dan peribadi telah berlaku, jadi saya hanya mengetepikannya selepas ini."

Jurulatih Nets, Steve Nash, berkata, "Saya menjangkakan dia akan bermain esok. Kehadirannya diterima pasukan. Kami merindukannya dan saya teruja untuk membawanya kembali ke gelanggang."

Irving didenda ASD50,000 oleh NBA dan telah ditolak ASD800,000 daripada gaji kerana terlepas dua perlawanan ketika tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.