Kyrie Irving dan Brooklyn Nets masing-masing didenda $35,000 (RM144,147) berikutan melanggar peraturan liga yang mengatur akses wawancara media.

NBA mengumumkan hukuman itu sebentar tadi berikutan Irving gagal memberi kerjasama untuk menghadiri sidang media pasca perlawanan.

Ini bukan kali pertama bintang Nets dan juara NBA 2016 itu dikenakan denda musim ini.

Irving dan Nets masing-masing pernah didenda $25,000 (RM102,962) oleh NBA pada Disember lalu kerana melanggar peraturan sama.



Irving terpaksa membayar harga tinggi untuk menghadiri majlis ulang tahun keluarganya Januari lalu.

Lantas, NBA mendendanya $50,000 (RM205,925) dan menurut TMZ, sebahagian peserta parti itu tidak memakai pelitup muka -- yang bertentangan dengan protokol NBA bagi menangani penularan COVID-19.

Irving juga terpaksa mengorbankan gajinya gara-gara terlepas perlawanan kerana dikuarantin yang dilaporkan berjumlah $816.898 (RM3.3 juta).

Pada 2020-21, Irving memperoleh purata 27.0 mata, 6.3 bantuan jaringan dan 4.9 rebound dalam setiap perlawanan, manakala menjelmakan peratusan gol terbaik iaitu sebanyak 50 peratus.

The Nets (43-23) di kedudukan kedua Sidang Timur, satu setengah permainan di belakang Philadelphia 76ers (44-21).