Green tersenarai dalam draf NBA

Oleh Muzaffar Musa 11 April 2020 51
Green tersenarai dalam draf NBA
Pemain sayap Arizona Wildcats, Josh Green, mengumumkan bahawa dia akan menyertai draf NBA 2020 dan menjadi pemain terbaru yang meninggalkan pasukan itru selepas semusim.

Green, 19, memulakan 30 perlawanan dengan merekodkan purata 12 mata, 4.6 rebounds dan 2.6 bantuan sebagai pemain baru Arizona dalam musim 2019-20.

Pemain kelahiran Sydney, Australia itu membantu Wildcats dengan 46 pintasan dan turut memiliki rekod 36.1 peratus ketepatan dari jarak tiga mata.

"Sejak dari zaman kanak-kanak saya di Australia, ia merupakan impian saya untuk bermain dalam NBA," katanya dalam Twitter.

"Saya amat berbangga apabila sudah menghampiri impian itu."
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen