Final NBA: Butler bantu Heat benam Lakers

Oleh Muzaffar Musa 5 Oktober 2020 87
Final NBA: Butler bantu Heat benam Lakers
Jimmy Butler menghasilkan prestasi luar biasa untuk pasukan yang sedang dilanda masalah kecederaan, Miami Heat, kekal besaing dalam Final NBA selepas menewaskan Los Angeles Lakers 115-104.

Tanpa dua pemain utama,  Bam Adebayo dan Goran Dragic, yang cedera dan ketinggalan 0-2 dalam pusingan akhir tujuh terbaik itu, Heat bangkit biarpun pada awalnya dijangka akan mudah diratah Lakers dalam perlawanan di Orlando, Florida berkenaan.

Tetapi Butler mempunyai pandangan berbeza dengan pemain All-Star lima kali itu merekodkan 40 mata, 13 bantuan dan 11 rebound dalam Game 3 untuk memadamkan kelebihan 2-1 Lakers di Walt Disney World Resort hujung minggu lalu.

Butler menjadi pemain pertama merekodkan lebih daripada 40 mata dan 12 bantuan dalam Final NBA sejak Jerry West melakukannya pada 1996 (Stats Perform).
 
LeBron James pula mengetuai Lakers dengan 25 mata, lapan bantuan dan 10 rebound dan lapan turnover manakala rakan sepasukannya, Anthony Davis (15 mata) bergelut dengan lima turnover dan lima faul.
 
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen