Bintang Philadelphia 76ers, Joel Embiid, berkata dia gemar bergandingan bersama rakan sepasukan, Ben Simmons, dan percaya mampu meraih sesuatu 'istimewa'.

Embiid dan Simmons sering kali menjadi perbualan utama melibatkan persefahaman di antara kedua-dua pemain, apabila berulang kali dakwaan menyatakan mereka tidak boleh beraksi bersama kerana perbezaan daripada segi permainan.

Terdapat juga laporan bahawa The 76ers -– kelima dalam saingan Eastern Conference kini meletakkan sasaran untuk muncul juara -- sebelum tamat musim ini, ketika Embiid dijangka berhijrah meninggalkan Philadelphia, menurut ESPN.

"'Bolehkah mereka beraksi bersama, adakah mereka saling membantu antara satu sama lain?'

"Kami mengetahui apa yang mampu kami lakukan ketika di atas gelanggang. Saya gemar beraksi bersamanya, dia seorang yang berbakat," kata Embiid apabila ditanyakan mengenai gandingannya bersama Simmons.

"Dia banyak membantu saya, kami mampu meraih sesuatu yang istimewa."
Embiid, meraih 39 mata dan 16 rebound ketika berdepan The Brooklyn Nets Khamis lalu.

Manakala Simmons meraih 16 mata, 8 bantuan jaringan dan 7 rebound.