Kevin Durant bakal berehat sepanjang rehat All-Star, Brooklyn Nets mendedahkan berikutan imbasan menunjukkan dia mengalami kecederaan hamstring kiri.

Durant terlepas enam perlawanan Nets kerana isu tersebut, namun ketiadaannya tidak menghalang Brooklyn untuk melanjutkan lapan kemenangan.

Nets mendedahkan semalam bahawa dia tidak akan kembali selepas perlawanan All-Star, yang dijadualkan berlangsung 8 Mac ini.

"Penyerang Brooklyn Nets, Kevin Durant, akan memerlukan tempoh pemulihan tambahan menyaksikan dia akan terlepas saingan NBA All-Star," menurut kenyataan Nets.

"Perkembangan terbaru mengenai hamstring pemain tersebut dan kami yakin Durant akan kembali ke tahap terbaik, dengan masa pemulihan tambahan akan membenarkan dirinya untuk kembali beraksi di tahap seperti yang dipamerkan sepanjang musim ini sejurus dia kembali.

"Durant akan terus menjalani pemulihan dan akan dinilai semula."

Dalam 19 perlawanan di mana dia diturunkan, Durant secara purata meraih 29 mata setiap perlawanan, paling banyak sejak musim bergelar MVP bersama Oklahoma City Thunder pada 2013-14.

Dia akan terlepas perlawanan dengan Dallas Mavericks, San Antonio Spurs and Houston Rockets. Perlawanan pertama Brooklyn selepas rehat All-Star bertemu Boston Celtics pada 11 Mac.