LeBron James berkata tiada keseronokan tanpa penyokong apabila bintang Los Angeles Lakers itu bercakap mengenai cabaran menghadapi saingan NBA ketika wabak coronavirus.

Saingan NBA -- sama seperti sukan lain di dunia -- telah ditangguhkan susulan krisis COVID-19 yang telah meragut hampir 24,000 nyawa.

Sehingga kini, masih belum diketahui tempoh musim 2019-20 akan disambung tatkala pesuruhjaya, Adam Silver, tidak mahu mengumumkan tarikh.

Jika saingan dilancarkan semula, kemungkinan besar ia akan dijalankan dalam stadium tertutup, sesuatu yang tidak diingin juara tiga kali NBA, James.

"Apa erti sukan tanpa peminat?" katanya.

"Tiada keseronokan. Tiada tangisan. Tiada kegembiraan. Tiada segalanya.

"Ia juga memberikan elemen kompetitif kepada pemain dan ya, anda beraksi menentang pasukan lawan tetapi turut mahu memuaskan penyokong.

"Jadi, untuk kembali beraksi, saya gembira. Saya sukakannya. Saya tidak akan duduk dan berdiam diri.

"Mungkin boleh cuba cara lain, letakkan kamera dan lancarkannya secara atas talian tetapi saya tidak dapat bayangkan acara sukan tanpa peminat. Ia sangat pelik," tambahnya.