Kevin Durant mengesahkan dia merupakan salah seorang daripada pemain Brooklyn Nets yang positif ujian COVID-19.

Semalam, The Nets memaklumkan seramai empat pemain yang tidak dinyatakan telah mengalami coronavirus sambil satu lagi menunjukkan simptom.

Pemain yang bergelar NBA All-Star 10 kali, Durant, mengesahkan dia mengalami virus itu, sambil memberitahu wakil The Athletics, Shams Charania: "Semua orang berhati-hati, jaga diri anda dan asingkan diri. Kami akan melalui perkara ini."

Pemain berusia 31 tahun itu masih belum bermain buat The Nets sejak menyertai kelab itu bagi menghadapi musim ini kerana kecederaan buku lali yang dialami dalam pusingan akhir NBA tahun lalu ketika mewakili Golden State Warriors.

Durant mememanngi dua kejuaraan NBA bersama The Warriors, di mana dia dua kali dinamakan sebagai Pemain paling Bernilai (MVP) dalam aksi akhir.