Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, berkata bahawa dia sedang bersedia daripada segi mental dan fizikal seandainya Liga Bola Keranjang NBA disambung semula.

Liga NBA, seperi kebanyakan acara sukan di seluruh dunua, telah ditunda berikutan pandemik Covid-19, yang telah membunuh lebih daripada 74,600 mangsa di seluruh dunia.

Masih belum ada sebarang kepastian sama ada musim 2019-20 -- yang ditunda sejak bulan lalu -- akan dapat diteruskan disebabkan krisis itu.

Namun, juara NBA tiga kali, James, 35, mahu memastikan dirinya sentiasa bersedia sekiranya liga berkenaan bersambung.

I promise there was only 9 other people here at this party last night! 10 if you include me in which I was forced to kick it! So why not then! ??‍♂️??????. #JamesGang? #QuarentinedFiles Bryce Tiktok- bryce23james

A post shared by LeBron James (@kingjames) on


"Saya masih meneruskan senaman harian saya -- tidak tertinggal barang sehari pun," katanya kepada PEOPLE.

"Sentiasa berhubung dengan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan saya, melakukan segala yang boleh dilakukan untuk kekal bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi apa sahaja yang akan berlaku selepas ini."

Selepas musim yang sukar di Los Angeles, James kembali medapatkan rentak sebenarnya bersama Lakers -- aksi cemerlang pemain veteran itu kini memungkinkannya untuk merebut anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kelima.

Sebelum NBA digantung pada 11 Mac lalu, James telah merekodkan purata 25.7 mata, 10.6 bantuan dan 7.9 rebound bagi satu-satu perlawanan.

Buat masa ini, dia hanya menghabiskan waktu terluang bersama keluarganya berikutan ketegasan penjarakan sosial dan sekatan perjalanan di Amerika Syarikat, di mana 367,000 telah dijangkiti Covid-19 termasuk 10,800 kematian.

James menambah: Waktu terluang yang banyak bersama keluarga amat jarang buat kami, jadi saya mahu memanfaatkannya untuk kekal bersama setiap hari."