Pemain Portland Trail Blazers, Anfernee Simons, dimahkotakan sebagai juara acara Slam Dunk NBA 2021 sebentar tadi.

Acara Slam Dunk All-Star NBA tahun ini berlangsung sedikit berbeza berbanding di Atlanta sebelum ini.

Ia berlangsung pada separuh masa perlawanan All-Star dan hanya melibatkan tiga peserta ia itu Simons, Obi Toppin (New York Knicks) dan Cassius Staley (Indiana Pacers).

Dalam format baru itu, peserta dengan penampilan pertama, Simons, menggemuruhkan Arena State Farm, di mana dia menewaskan Toppin dalam final untuk memenangi gelaran itu.


Simons melompat tinggi dan mencuba mencium gelang jaringan sebelum melakukan slam dunk dan ia mendapat undian 3-2 bagi mengatasi Toppin.

Toppin pula tampil melakukan aksi bola di celah kelangkang dari kawasan balingan percuma tetapi belum cukup memikat hati juri.