Giannis Antetokounmpo menambah satu lagi gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam koleksinya selepas bintang Milwaukee Bucks itu memacu Pasukan LeBron mengatasi Pasukan Durant 170-150 dalam Perlawanan All-Star NBA sebentar tadi.

Tiga pertemuan All-Star lalu menemukan LeBron dan Antetokounmpo dalam pertembungan Pasukan LeBron dengan Pasukan Giannis.

Tetapi James dan Antetokounmpo kini berganding bahu dalam Perlawanan All-Star ke-70 dan Antetokounmpo muncul bintang paling menyerlah membantu pasukan LeBron memperoleh kemenangan di Atlanta.

Juara bertahan dua kali MVP NBA itu -- yang disenaraikan oleh bintang Los Angeles Lakers, James -- mengetuai Pasukan LeBron meraih kejuaraan All-Star keempat berturut-turut dengan 35 mata daripada 16-16 percubaannya.

Antetokounmpo menyertai Wilt Chamberlain sebagai pemain yang pernah merekodkan 16-16 atau lebih menerusi jaringan padang dalam mana-mana perlawanan (musim biasa, playoff atau perlawanan All Star), berdasarkan rekod Stats Perform.