Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, secara dramatik dinobatkan sebagai "raja tiga mata" menerusi jaringan terakhirnya di Atlanta sebentar tadi.

Mempamerkan aksi terbaiknya dalam perlawanan All-Star hari ini, pemenang anugerah MVP dua kali itu meraih gelaran berkenaan hasil jaringan terakhirnya - money ball dua mata yang dilakukannya itu membolehkannya menewaskan bintang Utah Jazz, Mike Conley, sebagai penjaring terbaik.

Curry mengatasi Conlay dan Jayson Tatum dari Boston Celtics dalam pusingan akhir untuk menjadi pemain ketujuh meraih gelaran itu lebih dari sekali dan pemain pertama melakukannya sejak Jason Kapono (musim 2007-08).

Juara NBA tiga kali itu, yang merekodkan 28 mata, sebelum ini pernah menjuarai kategori tiga mata pada 2015.

Curry mendedikasikan kemenangan itu buat rakan sepasukannya di Warriors yang sedang cedera, Klay Thompson -- yang merupakan pemenang acara itu pada 2016.

"Adik-beradik Splash, kita sudah kembali. Ini untuk anda Klay Thompsom, kita sudah menyelesaikannya abang besar," kata Curry.