ABL: Alab Pilipinas mangsa KL Dragons 

Oleh Shaiful Shamsudin 19 Februari 2020 124
ABL: Alab Pilipinas mangsa KL Dragons 
KL Dragons memanfaatkan beraksi di laman sendiri untuk mencipta kejutan dengan menundukkan pasukan pilihan, Alab Pilipinas, 92-80 dalam saingan Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL), sebentar tadi.

Pasukan di tangga keenam ABL itu semakin berbisa dengan misi memperbaiki kedudukan dan ketika berdepan pasukan di tangga kedua, Alab Pilipinas, jelas ia bukan satu tugas yang mudah.

Dragons mendominasi dalam suku pertama apabila mengutip mata demi mata sehingga tidak memberi ruang kepada Alab untuk mengejar dengan mendahului suku pertama 23-12.

Dalam suku kedua, Alab bangkit dan memberi saingan untuk merapatkan jurang dengan Dragons. 

Nick King memainkan peranan dalam kebangkitan Alab dengan menyumbang 28 mata dalam perlawanan tetapi kelebihan tipis 46-32 kekal milik tuan rumah dalam akhir suku kedua.

Will Artino terus menjadi senjata utama buat Dragons apabila menyumbang 29 mata dan 10 rebound untuk mereka terus mendahului 77-55 dalam suku ketiga.

Dalam suku keempat, Alab berkesempatan memintas Dragons namun keputusan akhir memihak pasukan tuan rumah itu dengan kelebihan lapan mata.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen