UCL: Liverpool masih ada harapan

Oleh Hasnizam Uzir 14 April 2021 891
UCL: Liverpool masih ada harapan
Kemenangan di saat-saat akhir ketika menentang Aston Villa hujung minggu lalu akan menjadi tonik kepada pemain-pemain Liverpool untuk bangkit berhadapan dengan Real Madrid di Stadium Anfield pada pusingan kedua suku akhir Piala Juara-juara Eropah pada khamis ini.

Walaupun tewas (1-3) pada pusingan pertama di tangan Real Madrid namun ia tidak mematahkan semangat anak-anak didik Jurgen Klopp untuk bangkit kembali bagi memastikan Liverpool terus berada dalam saingan seterusnya. Pemain-pemain Liverpool perlu menggambil kesempatan di atas kelebihan bermain di laman sendiri dan kelebihan jaringan dimiliki Liverpool di tempat lawan.

Tidak mustahil jika Liverpool boleh bangkit mencipta kemenangan di laman sendiri memandangkan emosi pemain-pemain Liverpool berada dalam keadaan yang baik berbanding Real Madrid ketika ini yang mana 6 pemain utamanya mengalami kecederaan sebagaimana kenyataan di buat Zinedane Zidane. Berita ini sudah tentu memberi sedikit harapan kepada penyokong-penyokong Liverpool untuk melihat kemenangan di cipta di laman sendiri walaupun sebelum ini rekod Liverpool di laman sendiri agak kurang baik pada musim ini.

20 minit pertama separuh masa pertama itu begitu penting untuk Liverpool kerana di minit-minit awal itulah akan menguji sejauh mana kekuatan mental pemain-pemain Liverpool selain melihat kemampuan dan keberkesanan taktikal dan strategi yang diterapkan Jurgen Klopp kepada anak-anak buahnya. Sekiranya pemain-pemain penyerang dan midfield Liverpool dapat menguasai permainan dengan baik serta dapat menjaringkan gol awal dalam masa itu sudah tentu ia akan memberi tekanan pada Real Madrid kerana gol di tempat lawan yang dimiliki Liverpool.

Ia boleh dilakukan Liverpool kerana sejarah telah buktikan pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2005 bagaimana Liverpool bangkit ketika bertemu AC Milan yang mana ketika itu Liverpool ketinggalan (0-3) dan kembali meyamakan kedudukan (3-3) dan akhirnya menjadi juara melalui sepakan penalti. Ini satu sejarah yang tidak akan dilupakan oleh penyokong-penyokong Liverpool dan sekiranya semangat sang juara itu dapat dikekalkan dan dapat mencari gol awal sudah pasti ia masih lagi ada harapan untuk Liverpool menewaskan Real Madrid serta layak ke peringkat seterusnya.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen