Tuah masih bersama Johor DT.

Oleh Hasnizam Uzir 22 March 2021 3734
Tuah masih bersama Johor DT.

Apabila seri di laman sendiri ketika bertemu Selangor FC ia telah memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain Johor DT kerana dengan keputusan itu ia memberi sedikit ruang pada pasukan-pasukan dibawahnya untuk mengekori rapat pungutan mata bagi perebutan tangga teratas Liga Super.

Degan status itu ia memberi sedikit kesan dan tekanan kepada pemain-pemain Johor DT, ini dapat dilihat ketika Johor DT bertemu Perak FC di tempat lawan, di mana persembahan Johor DT agak sedikit goyang dan itu memberi ruang pada Perak FC untuk memberi saingan.
 


 


Ia begitu ketara pada separuh masa pertama apabila banyak kesilapan-kesilapan berlaku terutama hantaran-hantaran pendek kehadapan yang kurang kemas dan mudah dibaca pihak lawan.

Johor DT tidak bermain seperti sedia kala dengan hantaran-hantaran pendek mengikut falsafah bola sepak Johor DT itu dengan melakukan gerakan secara tersusun dan kemas serta bijak dalam mengawal tempo permainan.

Sebaliknya agak sedikit gopoh. Itu menyebabkan Perak FC bijak mengambil kesempatan dengan melakukan serangan-serangan balas berbahaya.

 

Posted by Malaysian Football League on Sunday, March 21, 2021
 

 

Ia terbukti apabila pada minit ke 34 separuh masa pertama apabila Guilherme de Paula berjaya melakukan jaringan melalui serangan balas yang pantas setelah mendapat umpanan yang kemas dan tepat daripada Izzuddin Roslan ketika pertahanan Johor DT sedikit alpa dan tidak bersedia dengan serangan balas itu.

Komunikasi antara pemain-pemain tengah Harimau Selatan dan pertahanan tidak begitu lancar. Namun dalam separuh masa kedua corak permainan yang berbeza dipamerkan Johor DT di mana Natxo Insa, Afiq Fazail dan Leandro mula mendominasi bahagian tengah dan berjaya mengawal tempo permainan dengan baik.

Walaupun Perak FC berjaya sekali lagi melakukan jaringan kedua melalui Guilherme De Paula dan menyebabkan Johor DT ketinggalan (0-2), namun pemain Johor DF tidak panik, sebaliknya mereka yakin dengan kemampuan mereka.

Ini jelas apabila kemasukan Akhyar Abdul Rashid dapat merapatkan jurang jaringan. Johor DT bernasib baik apabila saat akhir diberikan sepakan penalti dan berjaya disempurnakan Leondro untuk memyamakan kedudukan sehingga wisel penamat.

Kesimpulannya, Bejamin Mora perlu mempelbagaikan strategi serangan mengunakan kretiviti pemain Johor DT memandangkan pihak lawan sudah mula memahami corak permainan Johor DT dan cuma nasib masib meyebelahi Johor DT ketika ini.

Jika Mora tidak mengambil tindakan pantas untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan Johor DT itu pasti akan membarhayakan kedudukan dirinya.


 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen