Terengganu cemerlang

Oleh Hasnizam Uzir 8 March 2020 4086
Terengganu cemerlang
Tersentak dengan jaringan pantas Terengganu melalui Dominique Da Sylva pada minit ke 2 daripada sepakan sudut yang ambil dengan baik oleh Lee Tuck itu telah mengejutkan pemain-pemain Kedah. 

Tidak membuang masa Baddrol Bakhtiar dan rakan-rakan terus bangkit untuk mencari jaringan peryamaan dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan setelah Renan Alves berjaya mengambil kesempatan dari peluang terhidang dihadapannya setelah sepakan percuma yang diambil oleh Hadin Azman yang tidak berjaya ditepis dengan kemas penjaga gol Terengganu Rahadi Azli pada minit ke 19.

Perlawanan menjadi semakin menarik dimana kedua-dua pasukan berbalas serangan untuk mencari gol seterusnya. Kedah mengunakan pengalaman yang dimiliki Baddrol Bakhtiar mengemudi bahagian tengah untuk mempelbagaikan corak serangan bagi menekan pertahanan Terengganu dan akhirnya selang 5 minit dari jaringan penyamaan itu Kpah Sherman berjaya meletakan Kedah dihadapan setelah memdapat hataran lolos daripada Rizal Ghazali dari bahagian tengah setelah bahagian tengah Terengganu yang tidak dapat mengekalkan taktikal disiplin mereka. Kedudukan itu 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua  perlawanan menjadi semakin rancak dengan gerakan-gerakan pantas yang lebih tersusun dan kemas. Terengganu yang mengunakan khidmat pemain tengah yang matang diketuai oleh Lee Tuck dibantu Faiz Nasir dan Faris Ramli telah berjaya mengawal permainan dengan baik walaupun ada kesilapan-kesilapan kecil seperti hilang fokus ketika bertahan secara berpasukan. Sekali lagi Kedah mengambil kesempatan diatas kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemain Terengganu dan kali ini melalui jaringan bekas penjaring terbanyak Terengganu musim lalu Kepre Tchetche yang berjaya melepaskan diri dari kawalan pemain pertahan Kedah setelah melakukan larian pantas dari kawasan tengah dan seterusnya dapat melalukan rembatan tepat kearah gol menewaskan Rahadi penjaga gol muda Terengganu itu.

Walaupun ketinggalan dengan 2 jaringan (3-1) pemain-pemain Terengganu tidak patah semangat sebaliknya terus bangkit melawan dan jaringan ke dua berjaya dilakukan Da Sylva setelah sepakan percuma Lee Tuck tepat kepadanya dengan mudah beliau menampan masuk. Jaringan itu terus meningkatkan semangat dan keterujaan Terengganu untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya muncul pada minit ke 82 setelah Shakir Hamzah melakukan sedikit kesilapan dimana beliau tidak berjaya menanduk dengan kemas ketika bola menuju kearahnya melalui serangan balas dilakukan Terengganu dan akhir Da Sylva sekali lagi mengunakan kepantasannya untuk mengawal bola dengan baik dan mengunakan ketenanganya untuk menyungkit bola melepasi Ifwat Akmal untuk jaringan ketiga peribadi Da Sylva (3-3).

Jaringan penyamaan itu terus menyentap semangat pemain-pemain Kedah dan akhirnya mereka melakukan kesilapan didalam kawasan penalti setelah membiarkan Da Sylva keseorangan yang menerima hantaran mudah daripada Sanjar Shaakhmedov untuk memastikan jaringan kemenagan Terengganu (3-4) ditempat lawan. Kedah perlu menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak dapat mengambil kesempatan peluang-peluang dimiliki melalui Hadin dan Kepre serta banyak kesilapan-kesilapan bertahan secara berpasukan dilakukan, akhirnya memakan diri mereka sendiri dan tewas dilaman sendiri.

Kredit foto: Terengganu FC

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen