Selangor tidak menjadi?

Oleh Hasnizam Uzir 16 March 2021 2417
Selangor tidak menjadi?
Apabila hanya mampu mengutip 4 mata dari 3 perlawnanan yang telah dilalui Selangor FC dalam pusingan awal Liga Super musim ini telah mengundang pelbagai persepsi daripada kalangan peminat-peminat bola sepak negara tentang prestasi dan kemampuan pasukan Selangor FC tahun ini.

Dengan rombakan besar-besaran yang dilakukan pengurusan Selangor FC pada musim ini telah membuka satu harapan baru dikalangan peminat-peminat bola sepak tanah air agar Selangor FC mampu menjadi pencabar Johor DT dalam perebutan juara Liga Super musim ini.

Dengan membawa jurulatih import dari Jerman, Karsten Neitzel yang mempunyai pengalaman luas dalam kejurulatihan itu sudah tentu mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan. Namun ketika ini percaturan strategi yang dilakukan Neitzel agak kurang menjadi dan sudah tentu ia meresahkan penyokong-penyokong Selangor FC. Dari segi falsafah permainan yang diterapkan Neitzel kepada pemain-pemainnya memang begitu serasi kerana Selangor FC juga mempunyai pemain-pemain tempatan terbaik di Malaysia dan di bantu pula dengan pemain-pemain import yang berkualiti.

Tetapi nasib masih tidak menyebelahi Selangor FC setakat ini, walaupun berjaya mendominasi permainan dalam setiap perlawanan namun atas sedikit kesilapan dan kealpaan terutama ketika transisi dari menyerang ke bertahan itu yang mengundang pada kekalahan dan kehilangan mata sebagaimama ketika bertemu Terengganu FC dan Kuala Lumpur City. Ini satu kerugian untuk Selangor FC sekiranya ingin mencabar Johor DT dalam perebutan juara Liga Super. Dimana Selangor FC perlu bingkas bangkit dan memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang telah di kesan itu.

Sekiranya kelemahan itu dapat diatasi sudah pasti Selangor FC adalah merupakan sebuah pasukan yang mantap dan kuat kerana dengan persefahaman dan keserasian di atas padang itu akan berjaya melaksanakan apa yang telah di rancang oleh Neitzel. Kemampuan teknikal dan pemahaman dalam susun atur strategi tidak boleh dipertikaikan kerana pemain-pemain Selangor FC mempunyai semua itu selain faktor nasib juga memainkan peranan untuk memastikan semua percaturan menjadi dan seterusnya akan membawa kejayaan pada Selangor FC.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen